Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bersama Kota Kinabalu Industrial Park Sdn Bhd

KOTA KINABALU, 15 Disember 2022: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bersama K.K.I.P Sdn. Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan usaha-usaha perlindungan alam sekitar di kawasan KKIP. Memorandum berkenaan bertujuan untuk meningkatkan pematuhan kendiri ke atas Perjanjian Syarat-Syarat Alam Sekitar dan Perisytiharan Pengurangan bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara serta melaksanakan program-program kesedaran di K.K.I.P Sdn Bhd serta kawasan sekitarnya.

MOU ditandatangani oleh Encik Vitalis J. Moduying, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Encik Lawrence Guandi Kimkuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan K.K.IP. Sdn Bhd