KOTA KINABALU, 27 Mei 2022 – Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Video Pendek Alam Sekitar sempena Hari Bumi 2022 anjuran Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Sabah Wetlands Conservation Society. Urus Setia akan menghubungi pemenang dan penerima saguhati melalui e-mel dan telefon bagi urusan pemberian hadiah. Peserta yang layak dan memenuhi kriteria akan diberikan e-sijil.