Latihan Hands-On bagi Pemantauan Tebing Sungai untuk Jabatan/Agensi dan Wakil Pemaju

Papar: Seramai 31 orang yang terdiri daripada wakil jabatan/agensi teknikal dan wakil pemaju bagi aktiviti penggalian dan pemprosesan pasir/batu sungai terlibat dalam latihan hands-on untuk teknik pemantauan tebing pada 29 April 2022 bertempat di Kg. Limputong, Papar. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh 6 orang perunding alam sekitar dari Envsolve Sdn Bhd.