Program Gotong-Royong Jalan-jalan Pungut Sampah Edisi Paya Bakau

KOTA KINABALU, 04 Ogos 2022: Program Gotong-Royong “Jalan-Jalan Pungut Sampah Edisi Paya Bakau” dianjurkan oleh JPAS pada 4 Ogos 2022 di Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site. Program ini adalah salah satu usaha melindungi khazanah alam sekitar iaitu paya bakau yang penting sebagai ekosistem yang produktif kepada hidupan, mampu menghalang hakisan pantai, menyerap karbon dan banyak lagi.

Sebanyak 431.8kg sampah telah dikutip oleh seramai 100 peserta yang dihadiri oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, dan agensi di bawahnya, serta Jabatan Alam Sekitar Sabah.