KOTA KINABALU, 17 Ogos 2022: Tuan Vitalis J. Moduying, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah merasmikan Projek My Little Mushroom Cottage SK Lok Yuk Inanam pada 17 Ogos 2022. Tahniah diucapkan kepada warga sekolah SK Lok Yuk Inanam diatas usaha dan komitmen cemerlang sekolah dalam memastikan para pelajar mendapat pendedahan pendidikan alam sekitar yang memberikan impak positif dari segi akademik dan sikap para pelajar. Usaha sekolah ini juga secara tidak langsung menyumbang ke arah pencapaian SDG Goal 1 No Poverty.