EPD Event Calendar

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Seminar Perunding 2026: Perkongsian & Penyelarasan Teknikal Bagi Pemantapan Pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar

29 October @ 9:00 AM - 1:00 PM

Perkongsian & Penyelarasan Teknikal Bagi Pemantapan Pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar telah diadakan pada 29 Oktober 2026 bertempat di Dewan IDS, Penampang. Seminar ini telah menghimpunkan pakar-pakar alam sekitar dari kalangan perunding yang berdaftar dengan JPAS dengan objektif (i) Memperkukuh kefahaman perunding alam sekitar terhadap garis panduan dan keperluan semasa JPAS berdasarkan Handbook on EIA in Sabah, Third Edition (2022), dan (ii) Mendapatkan perkongsian teknikal daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai isu berkaitan aktiviti perlombongan pasir serta aspek dan skop kajian yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan Laporan EIA.

Perkongsian telah dibuat oleh En. Jeremy Joseph (Ketua Bahagian EIA, JPAS) dan juga Ts. Lordexter Saimin, (Jurutera Awam, JPS).

Details

Date:
29 October
Time:
9:00 AM - 1:00 PM
Event Category:

Venue

Dewan IDS, Penampang