EPD Event Calendar
- This event has passed.
Sesi Libat Urus Antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah Berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual di Sabah
5 October @ 8:30 AM - 6 October @ 2:00 PM


Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) baru-baru ini mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) bersama pihak Kerajaan Persekutuan untuk membincangkan pengurusan buangan terjadual di Sabah. Majlis dirasmikan oleh Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), di Hyatt Centric, Kota Kinabalu. Turut hadir adalah wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, JPAS, Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) dan Penasihat Undang-Undang NRES dan JAS.
Perbincangan merangkumi semakan tahap persediaan Kerajaan Negeri Sabah melalui JPAS dalam peralihan kuasa dalam pengurusan buangan terjadual daripada JAS (Kerajaan Persekutuan) kepada JPAS (Kerajaan Negeri Sabah). Beberapa perkara penting dibincangkan seperti perundangan, pemakaian sistem dan kompetensi.
Sesi SLU diakhiri dengan penghasilan satu Record of Discussion (ROD) yang telah ditandatangani bersama oleh pihak KePKAS yang diwakili oleh YBhg. Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap KePKAS dan pihak NRES yang diwakili oleh Encik Mahadi bin Sukarno, Timbalan Setiausaha (Dasar), Bahagian Pengurusan Alam Sekitar NRES.






