Latihan Penggunaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) dan Garispanduan Pematuhan Kendiri (ESR) Syarat-Syarat Alam Sekitar bagi Aktiviti Penggalian dan Pemprosesan Pasir/Batu Sungai untuk Jabatan/Agensi dan Wakil Pemaju

Kota Kinabalu: Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada wakil jabatan/agensi teknikal dan wakil pemaju bagi aktiviti penggalian dan pemprosesan pasir/batu sungai terlibat dalam sesi latihan teori yang telah diadakan pada 25 April 2022 bertempat di Hotel Palace, Kota Kinabalu. Latihan tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan penggunaan SOP dan ESR serta teknik pemantauan tebing sungai. Latihan secara “hands-on” di lapangan akan diadakan pada 29 April 2022.