EPD Event Calendar

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Seminar Kesedaran Alam Sekitar Berkaitan Aktiviti Kerja Tanah

22 June @ 8:00 AM - 1:00 PM

Seminar Kesedaran Alam Sekitar Berkaitan Aktiviti Kerja Tanah ini adalah anjuran Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dengan kerjasama Penolong Pemungut Hasil Tanah Penampang dan Tuaran. Ianya telah diadakan pada 22 Jun 2026 bertempat di Dewan IDS, Penampang.

Seramai 18 orang wakil agensi kerajaan iaitu daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Jabatan Pengairan dan Saliran, Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Tuaran, Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Penampang, Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Penampang dan Majlis Daerah Tuaran serta seramai 18 peserta lain yang terdiri daripada kontraktor kerja tanah di Sabah telah menghadiri seminar berkenaan. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan kontraktor kerja tanah terhadap aspek perlindungan serta pelaksanaan kerja tanah yang lebih terancang dan terkawal.

Details

Date:
22 June
Time:
8:00 AM - 1:00 PM
Event Category:

Venue

Dewan IDS, Penampang