EPD Event Calendar

- This event has passed.
Program Penanaman Pokok Paya Bakau sempena Sambutan Hari Bumi 2025
8 May @ 8:00 AM - 12:00 PM

Program Penanaman Pokok Paya Bakau sempena Sambutan Hari Bumi 2025
Anjuran Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan K.K.I.P Sdn Bhd
Tarikh: 8 Mei 2025 (Hari Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat: SKIM PENEMPATAN SEMULA V19, KKIP
JPAS dan KKIP Sdn. Bhd. telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) pada 15 Disember 2022 untuk bersama-sama mengurus alam sekitar di sekitar kawasan KKIP, dengan melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar, mengadakan latihan pengurusan dan pelindungan alam sekitar, mengalakkan pematuhan kendiri ke atas Syarat-syarat Alam Sekitar oleh pihak syarikat di sekitar kawasan KKIP dan kolaborasi lain yang berkaitan.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar di kalangan agensi kerajaan, pihak industri, semua masyarakat atau komuniti dalam kawasan KKIP. Sebanyak 350 anak pokok paya bakau ditanam di kawasan KKIP yang disertai oleh lebih kurang 40 organisasi kerajaan, bukan kerajaan, industri, pihak sekolah dan masyarakat setempat.