EPD Event Calendar

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

MAJLIS SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH

5 November @ 8:30 AM - 12:00 PM

Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah secara rasminya melancarkan Laporan Petunjuk Alam Sekitar (Sabah Environmental Indicator Report) 2025 bagi memberi gambaran holistik mengenai keadaan semasa alam sekitar di negeri ini.

Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry bin Ariffin di The Palace Hotel, Kota Kinabalu. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Majlis tersebut turut menyaksikan:

Penyampaian Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Sabah: Pengiktirafan kepada sekolah-sekolah cemerlang di Sabah yang telah menyertai anugerah SLAAS di peringkat kebangsaan. Program SLAAS mula diperkenalkan sejak tahun 2005 dan adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dapat memberi nilai tambah kepada sekolah.

Penyerahan Cek Cura SERASI: Penyerahan tajaan daripada PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) bernilai RM100,000 bagi menyokong Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sesi 2026/2027. Program SERASI dimulakan pada 2003 dan merupakan “flagship programme” untuk pendidikan alam sekitar di Sabah dianjurkan bersama oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dengan kerjasama jabatan dan agensi di Sabah. Program SERASI diadakan bagi mengiktiraf usaha murni warga sekolah di seluruh Sabah dalam pelaksanaan pendidikan dan kesedaran alam sekitar di sekolah dan juga bersama komuniti setempat.

 

Details

Date:
5 November
Time:
8:30 AM - 12:00 PM
Event Category:

Venue

The Palace Hotel, Kota Kinabalu