EPD Event Calendar
- This event has passed.
MAJLIS PELANCARAN BAHAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DAN LAPORAN AMALAN TERBAIK PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026
11 June @ 8:30 AM - 4:00 PM


Yang Berhormat Dr. Andi Md Shamsureezal Bin Mohd Saina, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar telah melancarkan Bahan Pendidikan Alam Sekitar Dan Laporan Amalan Terbaik Pelaksanaan Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 pada pagi ini. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Yang Berusaha Puan Daisy Aloysius, Pemangku Pengarah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.
Bahan-bahan kesedaran alam sekitar ini telah dihasilkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Kerajaan dan ahli-ahli Sabah Environmental Education Network (SEEN). Terdapat (6) jenis modul pendidikan alam sekitar mengikut aspek alam sekitar utama iaitu air, penggunaan tanah, pengurusan sisa, tenaga, perubahan iklim dan ‘Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA)’ dan satu (1) Dokumen Amalan Terbaik Pelaksanaan Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sabah, dua (2) jenis permainan papan iaitu EcoExplorers dan Ecopolitan serta video kesedaran perubahan iklim.
Usaha ini dilaksanakan bagi memperkukuh penyampaian pendidikan alam sekitar di Sabah agar pelaksanaan adalah lebih seragam, lebih menarik, berimpak tinggi, dan mudah diakses oleh pelbagai kumpulan sasaran. Bahan-bahan yang disediakan ini memuatkan pengetahuan penting mengenai alam sekitar, dan menyediakan peluang kepada mana-mana pihak merujuk bahan tersebut untuk pembelajaran lebih mendalam dalam mana-mana aspek alam sekitar.







