EPD Event Calendar
- This event has passed.
BENGKEL PENGURUSAN FAIL DAN REKOD AWAM
14 May @ 8:30 AM - 15 May @ 5:00 PM
Bengkel ini adalah anjuran Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan pendedahan kepada para peserta mengenai aspek pengurusan fail dan rekod berdasarkan pekeliling dan prosidur yang ditetapkan. Bengkel ini pada umumnya akan meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran kakitangan JPAS dalam menguruskan rekod-rekod Jabatan.
Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada warga JPAS telah menghadiri latihan berkenaan selama dua hari iaitu pada 14-15 Mei 2024 di Dewan IDS, Penampang. Penceramah bengkel adalah Puan Sabarinah Hj. Matnin dan dibantu oleh Cik Nabilah Fatanah Abu Talip daripada Jabatan Arkib Negeri Sabah.