Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah akan memulakan proses perpindahan ibu pejabat dari Wisma Budaya ke pejabat baharu di Wisma IDS, off Jalan Pintas, Penampang bermula pada 1 hingga 11 November. Semasa perpindahan ini, gangguan komunikasi melibatkan telefon, internet dan faks akan berlaku. Tindakan segera akan dilaksanakan untuk menangani perkara ini. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Pengarah
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar
31 Oktober 2022