EPD News

KOTA KINABALU, 15 Disember 2022: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bersama K.K.I.P Sdn. Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan usaha-usaha perlindungan alam sekitar di kawasan KKIP. Memorandum berkenaan bertujuan untuk meningkatkan pematuhan kendiri ke atas Perjanjian Syarat-Syarat Alam Sekitar dan Perisytiharan Pengurangan bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara serta melaksanakan program-program kesedaran di K.K.I.P Sdn Bhd serta kawasan sekitarnya.

MOU ditandatangani oleh Encik Vitalis J. Moduying, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Encik Lawrence Guandi Kimkuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan K.K.IP. Sdn Bhd

Sukacita dimaklumkan bahawa ibu pejabat Jabatan Perlindungan Alam Sekitar kini sedang dalam proses perpindahan dan akan beroperasi sepenuhnya di lokasi baharu pada 11 November 2022. Sehubungan dengan itu, alamat baharu ibu pejabat JPAS adalah seperti berikut:-

JABATAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Lot 1 (GF–4th Floor), &
Lot 2–4 (GF), Wisma IDS,
Off Jalan Pintas

89500 PENAMPANG
SABAH, MALAYSIA


No. Telefon : 088 - 251290/251291/267572/268572
No Faks : 088 - 238120
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Semasa perpindahan ini, gangguan komunikasi melibatkan telefon, internet dan faks akan berlaku. Tindakan segera akan dilaksanakan untuk menangani perkara ini. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.


Sekian, terima kasih.

Pengarah
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar
04 November 2022

KOTA KINABALU, 01 JULY 2022 (Daily Express).

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah akan memulakan proses perpindahan ibu pejabat dari Wisma Budaya ke pejabat baharu di Wisma IDS, off Jalan Pintas, Penampang bermula pada 1 hingga 11 November. Semasa perpindahan ini, gangguan komunikasi melibatkan telefon, internet dan faks akan berlaku. Tindakan segera akan dilaksanakan untuk menangani perkara ini. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Pengarah
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar
31 Oktober 2022

KOTA KINABALU, 01 Julai 2022 - Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Fotografi Terbuka Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 anjuran Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.

The Special Environmental Impact Assessment (SEIA) For "Proposed Tourism And Recreation Resort Development On CL.025370629, CL.025313080 (CL.025348627) & CL.025342563 (CL.025348636) With Total 42.8 Hectares Along Jalan Pengalat Lok Kawi, At Kampung Suoangan, Kinarut, Papar, Sabah"

This is to inform the public that the Environment Protection Department is in the process of reviewing the Special Environmental Impact Assessment (SEIA) report for the "Proposed Tourism And Recreation Resort Development On CL.025370629, CL.025313080 (CL.025348627) & CL.025342563 (CL.025348636) With Total 42.8 Hectares Along Jalan Pengalat Lok Kawi, At Kampung Suoangan, Kinarut, Papar, Sabah".

Members of the Public are invited to give their written comments on the SEIA report from 06 October 2022 to 18 November 2022.

Please click HERE to access the relevant information

Written comments must be submitted before 19 November 2022.

KOTA BELUD, 24 May 2022 (Daily Express): An environmental education programme was conducted with the Kadamaian community here in efforts to raise environmental awareness and spur action on conservation practices among its residents.

Dubbed as the CEEK programme, it involves sharings on best environmental practices as well as implementing mini projects related to the environment and ecotourism by the community.

The programme involved leaders and representatives of the Kg Kiau Nuluh and Kg Podos communities.

It was implemented on May 21 for the Kg Kiau Nuluh residents at their community hall and May 22 for Kg Podos residents at the SDA Church Hall.

A similar programme will be conducted in Kg Piasau on May 28.

The initiative is in its third phase of implementation, where various environmental education activities will be implemented with the community, including giving guidance on successfully implementing mini environmental projects.

Environmental Protection Department Director Vitalis J Moduying said the cooperation for environmental sustainability between the community and various government agencies continues to be strengthened through such programmes.

source: http://www.dailyexpress.com.my/news/192983/environmental-education-programme-in-kota-belud/

KOTA KINABALU, 17 Ogos 2022: Tuan Vitalis J. Moduying, Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah merasmikan Projek My Little Mushroom Cottage SK Lok Yuk Inanam pada 17 Ogos 2022. Tahniah diucapkan kepada warga sekolah SK Lok Yuk Inanam diatas usaha dan komitmen cemerlang sekolah dalam memastikan para pelajar mendapat pendedahan pendidikan alam sekitar yang memberikan impak positif dari segi akademik dan sikap para pelajar. Usaha sekolah ini juga secara tidak langsung menyumbang ke arah pencapaian SDG Goal 1 No Poverty.

Dimaklumkan bahawa bermula pada 12 April 2022, sebarang pertanyaan mengenai status TOR/EIA/SN/PMM kini boleh dilakukan menggunakan Google Form. Sila imbas QR Code seperti pada poster untuk ke pautan Google Form atau layari https://tinyurl.com/BorangPertanyaanEIA. Terima kasih.

(Please be informed that inquiries regarding TOR/EIA/SN/PMM status can be requested through Google Form. Kindly scan the QR Code in the poster or visit https://tinyurl.com/BorangPertanyaanEIA. Thank you.)

KOTA KINABALU, 04 Ogos 2022: Program Gotong-Royong "Jalan-Jalan Pungut Sampah Edisi Paya Bakau" dianjurkan oleh JPAS pada 4 Ogos 2022 di Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site. Program ini adalah salah satu usaha melindungi khazanah alam sekitar iaitu paya bakau yang penting sebagai ekosistem yang produktif kepada hidupan, mampu menghalang hakisan pantai, menyerap karbon dan banyak lagi.

Sebanyak 431.8kg sampah telah dikutip oleh seramai 100 peserta yang dihadiri oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, dan agensi di bawahnya, serta Jabatan Alam Sekitar Sabah.

KOTA KINABALU, 27 Mei 2022 - Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Video Pendek Alam Sekitar sempena Hari Bumi 2022 anjuran Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Sabah Wetlands Conservation Society. Urus Setia akan menghubungi pemenang dan penerima saguhati melalui e-mel dan telefon bagi urusan pemberian hadiah. Peserta yang layak dan memenuhi kriteria akan diberikan e-sijil.

KOTA KINABALU, 01 Julai 2022 (Utusan Borneo Online): Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dan Sime Darby Plantation (Sabah) Sdn Bhd komited meningkatkan pengurusan alam sekitar khususnya sektor perladangan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, untuk mencapai aspirasi pembangunan mampan, JPAS bersama Sime Darby Plantation telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) pada tahun 2018.

"MOU yang ditandatangani pada tahun tersebut adalah untuk mengurus alam sekitar melalui pematuhan kendiri bagi pelaksanaan program latihan dan kesedaran alam sekitar sektor perladangan.

"Perkara yang terlibat dalam MOU kedua kali ini antaranya adalah pelaksanaan pematuhan kendiri ke atas Perjanjian Syarat-syarat Alam Sekitar dan Perisytiharan Pengurangan bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.

"Selain itu, program ini turut menekankan kesedaran alam sekitar di ladang-ladang Sime Darby dan kawasan-kawasan penempatan sekitarnya serta latihan pengurusan dan perlindungan alam sekitar kepada para pegawai," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Tapak Ramsar Tanah Lembab Kota Kinabalu, pada Khamis.

Pada majlis tersebut, Jafry turut memperkenalkan penerbitan kompilasi buku dan galeri maya amalan terbaik program berkaitan perubahan iklim di sekolah-sekolah di bawah Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) Sabah.

Penerbitan buku dan galeri maya itu merupakan usahasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dengan Conference of Earth Environment from Akita, Japan (CEEA) selama tiga tahun bermula Mac 2016 sehingga Mac 2019.

"Buku ini mengandungi inisiatif pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah SERASI yang boleh meningkatkan kesedaran warga sekolah ke arah pengurangan perubahan iklim dan menyokong 'Sustainable Development Goals'.

"Pengisian buku ini boleh dijadikan rujukan kepada sekolah-sekolah lain dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar di sekolah," katanya.

Source: https://www.utusanborneo.com.my/2022/07/01/jpas-sime-darby-plantation-komited-tingkat-pengurusan-alam-sekitar

Papar: Seramai 31 orang yang terdiri daripada wakil jabatan/agensi teknikal dan wakil pemaju bagi aktiviti penggalian dan pemprosesan pasir/batu sungai terlibat dalam latihan hands-on untuk teknik pemantauan tebing pada 29 April 2022 bertempat di Kg. Limputong, Papar. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh 6 orang perunding alam sekitar dari Envsolve Sdn Bhd.

SABAH MAJU JAYA

Lot 1 (GF–4th Floor) & Lot 2–4 (GF), Wisma IDS, Off Jalan Pintas 89500 Penampang, Sabah.

TELEPHONE : +60 88 251 290 / 251 291

FAX : +60 88 238 120

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer:  The Department shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website

BEST VIEWED WITH CHROME, MINIMUM RESOLUTION OF 1024 X 768

PRIVACY POLICY

SECURITY POLICY

COPYRIGHT NOTICE

WEBSITE LAST UPDATED ON 27 JANUARY 2023