25-26 Oktober 2022
08.30am - 4.30pm
Wisma IDS

Warga JPAS telah menghadiri bengkel "Enhanced Communications Using NLP" selama dua hari iaitu pada 25 & 26 Oktober 2022. En. Wesley Chan sebagai fasilitator telah mendedahkan warga JPAS kepada kemahiran dan teknik berkomunikasi yang lebih berkesan. Selain daripada penyampaian teori, peserta bengkel telah didedahkan kepada kandungan bengkel melalui pelbagai aktiviti seperti kerja, permainan, perbincangan dan pembentangan berkumpulan.