Amalan Terbaik Program Perubahan Iklim Sekolah-Sekolah SERASI Sabah

Program SERASI merupakan penganugerahan tertinggi di Sabah berkaitan dengan alam sekitar yang melibatkan sekolah. Ianya mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar. Pelbagai anugerah diberikan dalam Program SERASI termasuklah Anugerah Khas Inisiatif Perubahan Iklim dan Sustainable Development Goals (SDGs) untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Buku ini mengandungi inisiatif-inisiatif pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah SERASI yang boleh meningkatkan kesedaran warga sekolah ke arah pengurangan perubahan iklim dan menyokong Sustainable Development Goals. Pengisian buku ini boleh dijadikan rujukan kepada sekolah-sekolah lain dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar di sekolah.

Buku Rujukan - Program Pelan Tindakan Sekolah (Kajian Kes Akita, Jepun)

Buku ini bertujuan memberi panduan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan pelan tindakan di sekolah bagi mengurangkan kesan perubahan iklim. Ia mengandungi pelan tindakan sekolah yang telah dihasilkan oleh para pelajar di Jepun melalui latihan dan bengkel yang telah diadakan.

Buku ini dihasilkan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan Conference of Earth Environment from Akita, Jepun (CEEA) sebagai salah satu program di bawah Perjanjian Persefahaman Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dengan CEEA.