KOTA KINABALU, 30 Ogos 2021 - Taklimat mengenai Fungsi, Peranan & Program JPAS kepada Setiausaha Tetap Baharu Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Y. Bhg. Tuan Hj. Sr. Mohd Yusrie Abdullah telah diadakan pada 30 Ogos 2021 melalui Aplikasi Zoom.

Setiausaha Tetap KePKAS mengucapkan tahniah kepada JPAS kerana telah melaksanakan pelbagai program yang boleh menjadi rujukan kepada jabatan-jabatan lain. Beliau juga meminta usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan bagi menangani isu-isu alam sekitar semasa dilaksanakan.