Kota Kinabalu, 13 Julai 2021 - Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Sabah Wetlands Conservation Society telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Sajak sempena Hari Bumi 2021 bertemakan "Perlindungan Alam Sekitar". Penganjur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang dan penghargaan kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini.